SEKOLAH MENENGAH SAINT PAUL

P/S 53, 89807 Beaufort, Sabah.

Tel: 087212037   Fax: 087221081

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SM ST PAUL BEAUFORT

Email:stpaulbft@gmail.com

Makluman / Announcements

      Anda pelawat ke:1802

 

 

       SM Saint Paul Beaufort (SMSP) merupakan sebuah sekolah menengah terawal di Daerah Beaufort dan terletak lebih kurang 0.3 km dari Pekan Beaufort. SMSP telah menjadi sekolah pilihan di kalangan ibu bapa dan anak-anak yang tinggal di kawasan berhampiran. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1958, pelbagai kejayaan yang telah dicapai adalah hasil daripada sokongan dan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan para pelajar.

SMSP mempunyai Misi, Visi dan Falsafah yang selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia 2006-2010, iaitu:

Misi

"Memastikan suasana dan persekitaran sekolah dapat memupuk budaya kerja yang positif dalam kalangan warga sekolah ke arah merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif demi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum"

Visi

"Melahirkan pelajar yang seimbang untuk mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui budaya kerja sekolah yang cemerlang"

Falsafah

           Pendidikan di SMSP adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi petensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonid sari segi intelek, rohani , emosi dan harmoni berdasarkan kepercayaaan and kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warga SMSP yang berlilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara